Wednesday, January 26, 2011

persandingan bell & ecue

pada 25 disember 2010 ramai orang sibuk bercuti,ada yang pulang ke kampung halaman,ada juga yang mengambil peluang berehat di rumah,pada yang beragama + ini la hari raya mereka iaitu crismas,tetapi bagi bell (pengantin lelaki) inilah tarikh yang di pilih oleh beliau untuk menamatkan zaman bujangnya.
pada tarikh disember 25 ini,kebiasaanya di luar negara adalah musim salji,berbeza dengan negara kita (malaysia) ini adalah musim hujan..jadi beliau sama sekali tidak memilih rumah kediamanya untuk membuat majlis persandinganya disitu..kalau dia buat jugak silap-silap kite sama-sama pergi kenduri naik bot dah tentu la kena reka pelamin khas untuk bell (pelamin terapung) atas rakit..bell melangkah dengan bijak skali memilih dewan hotel vistana bagi meraikan persandinganya..kalau bell melangkah dengan bijak kenapa pula crew2 heritage xboleh kan? tunjuk kelebihan..crew2 heritage bridal dengan pantas mendirikan pelamin sebelum pengantin sampai.( memang la pasang pelamin sebelum pengantin sampai) hehe..bell memilih suasana yang suram-suram romantik gitu..al-maklum la nak samakan dengan jiwanya yang agak romantik..bell adalah seorang penari dan juga salah seorang jurulatih rancangan reality tv mari menari..kalau nak menari saya boleh ajarkan tp (tarian songsang la ) hehe

                                                ini lah pelamin ala-ala suram ( ops..suasananya ok)

                                             ini pula meja santapan raja sehari bersama keluarga

                                                          meja santapan untuk tetamu


                                                                laluan ke meja beradap

                                                                  laluan ke pelamin

maslis menyambut menantu eszaidi elias

eszaidi elias telah di nikahkan dengan pasanganya iaitu mas wynawati pada 18.disember 2010 bertempat di hotel pelican batu pahat johor bharu..tapi malangnya gambar majlis di sana belum dapat kami pamerkan lagi atas sebab-sebab tertentu..

oleh kerana majlis ini di buat di kawasan perkampungan nelayan.. eszaidi telah meminta kami membuat majlis ringkas dan menarik,bertemakan warna biru+hitam dan putih,..isterinya memilih pakaian jawa dan lelaki di padankan dgn kot..( rumah tangga orang xberani nk masuk campur ) hehe..apapun yang mereka inginkan kami tunaikan..

      ini lah pasangan mempelai itu
                                                                  laluan ke meja santapan


meja santapan untuk ahli keluarga
 

 bila di depan makanan sampai tak nak pandang camera


untuk pengetahuan korang,eszaidi ni adalah rakan sepasukan saya dalam team kapal layar pahang,kalau agak kurang jelas mukanya al-maklum la ye..kulit hangus selalu berjemur kat laut,, kalau pakai bedak 3 botol belum tentu cukup hehe hitam manis pun ade jugak yang sayang ye tak cik eszaidy..apa pun kami di heritage bridal dan juga sahabatnya mendoakan anda berdua berbahagia hingga ke anak cucu..


Sunday, January 23, 2011

Nantikan Promosi 2011

Hai gadis ,

Hai teruna,

Kami akan mengumumkan promosi-promosi terbaik dari Heritage Bridal untuk bakal-bakal pengantin pada tahun 2011 tidak lama lagi.

Nantikan berita gempak dari kami. Kami akan berikan yang terbaik untuk anda demi menjadikan hari bahagia anda satu kenangan yang indah seumur hidup dan menceriakan lagi suasana majlis anda.

Nantikan berita dari kami dalam sikit waktu lagi.