Thursday, October 28, 2010

PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN ANUM

permintaan tuan empunya diri haruslah di utamakan.Dah namanya customer kan.saya mencuba sedaya upaya dan setakat yang saya mampu untuk membuatkan customer saya berpuas hati.macam biasa saya akan berganding bahu bersama rakan seperjuangan saya untuk merealisasikan hajat si pengantin.

anum dan pasangan bernikah di rumah dan majlis persandingannya di dewan LKPIM Kuantan.

biar gambar jelah yang bercerita.tak de idea nak karang mengarang ni...almaklumlah alam sekolah dah lame saya tinggalkan.pastu otak ni x diasah so mcmnilah jadinya kan.

jom layan pic time dia nikah dulu ok.



 pelamin nikah anum ni simple je.tapi dia nak kerusi camni.bukan yang jenis ddk bawah je.pelamin mcmni ok jugak.simple je.nice sbb color krim dan putih .

yang ni pulak laluan nak ke pelamin.boleh view sekali susunan meja untuk tetamu.maaflah time ni belum siap betul2 lagi.sbb tu nampak daun2 dan bungan2 bersepah lagi.masih touch up for last part.

nilah pelaminya.ni kat dewan LKPIM seberang jalan Hotel Sri Malaysia Kuantan tu.simple and nice. i like!!!!kalau u all xsuka nak wat macamne kan....selera masing-masing.tapi anum suka.....hehehe....rase lega dapat puaskan dan tunaikan permintaan pelanggan.kalau korg suka hasil kerja saya bolehlah hubungi saya.kalau ada idea lain pun boleh jugak boleh tukar-tukar idea.menambahkan ilmu katakan....

Monday, October 25, 2010

SELAMAT SUDAH MENJADI KAKAK IPARKU


2.10.10 abang sulungku (mmg ade 1 abg je xde kakak) selamat sudah dinikahkan dengan pilihan hatinya LINDA.

3.10.10 adalah hari persepsi di kediaman keluargaku.Aku yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh abang ku ini untuk menyelesaikan segala hal yang berkaitan dengan majlis menyambut menantu ini (menyambut satu-satunya kakak iparku).Abangku memilih warna tema MERAH,HITAM dan PUTIH.aku amati kombinasi ketiga-tiga warna ini menjadi pilihan pasangan pengantin masa kini.Memandangkan aku hanya ada 1 je abang dan ini adalah kali pertama keluargaku mengadakan kenduri kawin (anak yg pertama naik pelamin) dan aku juga nak promosikan business HERITAGE BRIDAL ini kepada jiran2 dan teman-teman serta jemputan maka aku memilih untuk buat grand sikit (tapi xover budget).Inilah hasilnya.Aku amat berpuas hati kerana ini adalah hasil dari tangan dan tenagaku sendiri dan dibantu oleh Yo (teman yg sentiasa menbantu) hadiah utk abangku.

hiasan kanopi +merah & putih+

-gambaran waktu malam-
-gambaran di siang hari-
-dekorasi meja santapan pengantin-
-hiasan meja santapan VIP-

-meja lauk pauk-
-pintu gerbang-


-mengabadikan kenangan keluarga bersama pasangan mempelai-

Di akhir entry aku mendoakan abangku ini bahagia bersama kakak iparku hingga akhir hayat.Pesanan penaja 'Cepat2 dapatkan zuriat'.hehehe boleh ke mcmtu......layannnnnnnn............


Thursday, October 14, 2010

TAMAN PERTANIAN PILIHAN PUTERI

LOKASI: TAMAN PERTANIAN, INDERA MAHKOTA

Puteri dan pasangan memilih HB untuk menyiapkan pelamin dan meja makan beradab beliau dan pasangan.Tema persandingan beliau adalah ala-ala Persandingan Dalam Taman.

Ni nak story sikit pasal Taman Pertanian Indera Mahkota.Disini tempatnya lebih kurang macam dusun buah-buahan.Pelbagai jenis pokok buah ditanam di sini.Pastu area depan selepas gate masuk ade ruang lapang tempat orang selalu buat majlis perkahwinan.Tentang sewa tu saya kurang pasti.Tapi sudah beberapa kali lah saya menjalankan kerja saya di sini. Kalau sape2 yang berminat nak buat majlis perkahwinan disini boleh google info2 Taman Pertanian Indera Mahkota ni.

Tema majlis Puteri ni adalah White & Pink.Jadi saya dan rakan saya mencuba mengeluarkan idea2 yang boleh di terima oleh pengantin sekeluarga untuk menyiapkan tanggungjawab kami ini.

pelamin bertemakan White & Pink
di tengah-tengah di hiasi pokok hiasan

kalau ada sesiapa yang berminat untuk melihat pakej2 kami sila hubungi kami di talian yang telah di berikan di ruangan Hubungi Kami.

Segala kekurangan adalah datang dari pihak kami dan segala kebaikan dan kelebihan adalah datang dari Allah s.w.t.


DUA BERADIK NAIK PELAMIN SERENTAK

LOKASI: TAMAN PELINDUNG

Mendapat tempahan dari dua beradik ini last minute.walaupun pihak HB mempunyai pakej lain pada hari yag same namun kepercayaan yang di berikan oleh beliau amat kami hargai.

Mengikut cerita mereka, sebelum ini mereka telah menempah pakej pilihan mereka dengan salah sebuah butik di bandar Kuantan.Namun pihak pengurusannya menghadapi masalah yg tidak dapat di elakkan dan tidak dapat menguruskan hari bermakna mereka berdua ini.Saya juga mengenali tuan punya butik tersebut dan mengetahui masalah yg beliau hadapi.Beliau juga turut meminta saya menguruskan segala persiapan yg patut utk majlis adik beradik ini.Di harapkan masalah beliau dapat diselesaikan secepat mungkin dan mampu menjalankan perniagaan beliau seperti sediakala.

Saya dan seorang teman bergabung tenaga menyiapkan pelamin dan bilik tidur dan juga meja makan beradab pasangan adik beradik ini.Kakak memilih tema White & Grey dan adik memilih tema White & Hijau Muda. Kami menjalankan tugas kami sebaik mungkin dengan harapan mereka berpuashati dengan hasil kerja kami Cuma si kakak tidak mahu pelaminnya terlalu nampak vouge or kontra dari adiknya.Dia mahukan sesimple yang boleh.

Apa saja permintaan mereka akan cuba kami tunaikan.Apa yg penting bagi kami adalah hasil kerja kami dapat memuaskan hati mereka dan kami menerima idea dan sebarang komen dan pandangan dari pelanggan dengan hati yg terbuka dan diharapkan itu semua mampu membaiki segala kelemahan kami.

pelamin si adik bertema hijau muda dan putih
pelamin si kakak bertemakan kelabu dan putih
meja makan beradab cuma warna hijau atas permintaan mereka

PERTUNANGAN LINDA DAN ERMAN

LOKASI: CHINI

cerita ni dah lapok.tapi tetap masih boleh menjadi koleksi hasil dari pihak HB yang sentiasa gigih menunaikan permintaan dan kehendak pelanggan.Walaupun masih belum berjaya seperti Weeding Planner yang dah masyur2 terbilang dan gemilang di luar sana .Pihak HB tetap berusaha memberikan perkhidmatan terbaik demi mencapai kepuasan pelanggan.

Linda telah meminta saya membuatkan 1 pelamin yg simple tapi menarik pada hari pertunangan beliau.memandangkan beliau juga bakal menjadi kakak ipar saya maka saya menerima tempahan beliau dengan hati yg terbuka.di samping itu dapat jugak saya memperkenalkan dan mempromosikan business saya ini di kawasan rumah beliau.


tak sempat nak ambik gambar pelamin saja, dorg ni datang terus ddk depan pelamin.
- semua menggunakan fresh flowers kecuali bunga hiasan bahagian atas pelamin-

rumah beliau rumah papan berlatar belakangkan dinding hijau.jadi saya memilih putih utk tema majlis pertunangan beliau.saya juga menggunakan full fresh flowers pada hiasan termasuk untuk hantaran.


diharapkan pasangan  ini berpuas hati dengan hasil ringkas pihak HB yang masih banyak ilmu perlu di pelajari.kami di HB doakan hubungan mereka suksess dan di akhiri dengan jodoh yang diredhai..