Thursday, October 14, 2010

DUA BERADIK NAIK PELAMIN SERENTAK

LOKASI: TAMAN PELINDUNG

Mendapat tempahan dari dua beradik ini last minute.walaupun pihak HB mempunyai pakej lain pada hari yag same namun kepercayaan yang di berikan oleh beliau amat kami hargai.

Mengikut cerita mereka, sebelum ini mereka telah menempah pakej pilihan mereka dengan salah sebuah butik di bandar Kuantan.Namun pihak pengurusannya menghadapi masalah yg tidak dapat di elakkan dan tidak dapat menguruskan hari bermakna mereka berdua ini.Saya juga mengenali tuan punya butik tersebut dan mengetahui masalah yg beliau hadapi.Beliau juga turut meminta saya menguruskan segala persiapan yg patut utk majlis adik beradik ini.Di harapkan masalah beliau dapat diselesaikan secepat mungkin dan mampu menjalankan perniagaan beliau seperti sediakala.

Saya dan seorang teman bergabung tenaga menyiapkan pelamin dan bilik tidur dan juga meja makan beradab pasangan adik beradik ini.Kakak memilih tema White & Grey dan adik memilih tema White & Hijau Muda. Kami menjalankan tugas kami sebaik mungkin dengan harapan mereka berpuashati dengan hasil kerja kami Cuma si kakak tidak mahu pelaminnya terlalu nampak vouge or kontra dari adiknya.Dia mahukan sesimple yang boleh.

Apa saja permintaan mereka akan cuba kami tunaikan.Apa yg penting bagi kami adalah hasil kerja kami dapat memuaskan hati mereka dan kami menerima idea dan sebarang komen dan pandangan dari pelanggan dengan hati yg terbuka dan diharapkan itu semua mampu membaiki segala kelemahan kami.

pelamin si adik bertema hijau muda dan putih
pelamin si kakak bertemakan kelabu dan putih
meja makan beradab cuma warna hijau atas permintaan mereka

No comments: