Wednesday, February 9, 2011

PERKAHWINAN TAHUN BARU 2011

setiap kali saya diberi kepercayaan menyiapkan perkahwinan customer, pasti ada yang bertanya tuan empunya butik ni  bila lagi nak buat pelamin sendiri. hati mula rase tercabar, telinga pula mula berasap! dalam hati berkata ingat den ni xlaku ko..sokali den potik jari duo tigo datang tau! (customer yang datang bukan awek tau. ) . tapi sebenarnya jodoh saya memang telah ditentukan oleh Tuhan. bunga yang dimaksudkan telah menampakkan akan mekar tidak lama lagi.

hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun akhirnya bunga di taman itu sudah mekar dan harum baunya...

maka tiba la masanya menyunting sebelum ia layu.. saya buat keputusan untuk berkahwin pada

01.01.2011

tarikh yang cantik dan bermakna.tanpa berlengah lagi ...masa yang dinantikan telah tiba, tanpa sebarang persiapan yang keterlaluan saya memilih warna tema kuning hitam dan putih, orang cakap kawin ni umpama raja sehari, so saya pilih la warna kuning baru la boleh feeling-feeling jadi raja  walaupun hanya satu hari. dari segi persiapan pelamin tak perlulah over dan sarat sangat sebab barang-barang semua kami pakai apa yang ada, lagipun tak sempat nak prepair untuk majlis sendiri, yang paling penting customer punya wedding is no1.. kalau si dia nak over2 tunggu jelah saya buat untuk customer nanti...biar dia kat situ untuk bergambar sepuas-puasnya .

pihak perempuan serahkan 100% pada saya. hal ini memudahkan lagi kerja saya. tiada sapa yang kacau. hehehe. mungkin juga sebab saya berkerja dalam bidang ini jadi mereka serahkan hal itu di bahu saya.

hasil berkampung di rumah pengantin perempuan 3 hari 3 malam sebelum majlis adalah sebegini. terpaksa prepare awal sebab setiap hari adalah hujan. tapi alhamdulillah pada hari persandingan cuaca adalah panas. 

jom kita layan hasil kerja team HB untuk majlis saya.....

maaf ye gambar tak berapa cantik sebab menggunakan camera CAP AYAM yang di beli di Petaling Street....

-tuan empunya diri nak enterprem juga-

-gambaran hadapan meja santapan pengantin dan keluaga-

-hasil selepas di make upkan-


 -meja bulat ini khas untuk pengantin-

saya fazry sebagai orang yang bertangungjawab sepenuhnya untuk majlis ini mula menjalankan kerja seperti biasa (pasang pelamin dan lain-lain) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada team HB kerana tanpa meraka majlis saya ini tak seberjaya dan semeriah ini. InsyaAllah akan ada extra habuan buat kamu semua. pada awalnya hasratku ingin membuat di hotel kerana 3 hari kami menunggu hujan berhenti namun tak jugak reda. keadaan ini agak menyukarkan  kami untuk melakukan kerja-kerja di laman rumah.

tapi tak mengapalah. saya ambil ini satu cabaran dalam bidang saya. dalam hujan-hujan pun dapatlah buat tema kahwin ( hujan dan banjir). lain dari yang lain.  dalam majlis ini saya memilih  menggunakan bunga kekwa hidup berwarna putih agar menampakkan lagi impak pada pelamin..
kalau anda suka dengan hasil kerja saya jangan malu jangan segan. berikan budget anda dan kami berikan apa yang anda mahukan....segalanya boleh di realisasikan dengan perbincangan....

Saturday, February 5, 2011

BERAKHIRNYA PENANTIAN PENUH DEBARAN

setiap yang bujang pastinya akan ingin mengakhiri zaman bujang dengan perkahwinan.begitu juga dengan saya yang telah mengakhiri zaman bujang pada malam tahun baru 2011 seperti yang di janjikan pada jam 9.30 malam di rumah pengantin perempuan. di nikahkan sendiri oleh ayahanda pengantin perempuan.

dengan sekali lafaz saya telah selamat menjadi suami kepada isteri tercinta Puan Fifie. berbalik kepada kisah asal yang ingin menceritakan tema dan hasil pelamin nikah yang telah saya cuba tonjolkan pada malam tersebut.

-pandangan penuh pelamin nikah-

ruang rumah yang luas menjadikan kerja team HB menjadi mudah untuk memilih lokasi terbaik dan sesuai bagi mendirikan pelamin nikah yang simple dan menarik. putih di pilih kerana pernikahan itu sesuatu ikatan yang suci dan sesuai dengan majlis. pelamin adalah simple cuma di saratkan dengan hiasan bunga kekwa hidup berwarna putih.
- debaran menanti acara akad nikah-


 -hasil make up untuk majlis akad nikah-

segala persiapan dilakukan penuh bersemangat oleh team-team HB. dari plan mendesign sehinggalah terbukti apa yang di inginkan ada di depan mata. tanpa tenaga dan kerjasama mereka majlis saya dan isteri tidak akan semeriah ini. ribuan terima kasih kami ucapkan. jangan risau ada habuan untuk anda. bukan kerja free saja tau....

kepada bakal-bakal customer HB anda berhak memilih yang terbaik untuk majlis sekali seumur hidup anda. pilihlah yang terbaik antara yang terbaik. kami dari pihak HB lebih mementingkan kepuasan anda dalam perkhidmatan kami.

p/s:  berikan budget anda kepada kami dan kami berikan perkhidmatan kami yang terbaik mengikut budget anda .