Saturday, February 5, 2011

BERAKHIRNYA PENANTIAN PENUH DEBARAN

setiap yang bujang pastinya akan ingin mengakhiri zaman bujang dengan perkahwinan.begitu juga dengan saya yang telah mengakhiri zaman bujang pada malam tahun baru 2011 seperti yang di janjikan pada jam 9.30 malam di rumah pengantin perempuan. di nikahkan sendiri oleh ayahanda pengantin perempuan.

dengan sekali lafaz saya telah selamat menjadi suami kepada isteri tercinta Puan Fifie. berbalik kepada kisah asal yang ingin menceritakan tema dan hasil pelamin nikah yang telah saya cuba tonjolkan pada malam tersebut.

-pandangan penuh pelamin nikah-

ruang rumah yang luas menjadikan kerja team HB menjadi mudah untuk memilih lokasi terbaik dan sesuai bagi mendirikan pelamin nikah yang simple dan menarik. putih di pilih kerana pernikahan itu sesuatu ikatan yang suci dan sesuai dengan majlis. pelamin adalah simple cuma di saratkan dengan hiasan bunga kekwa hidup berwarna putih.
- debaran menanti acara akad nikah-


 -hasil make up untuk majlis akad nikah-

segala persiapan dilakukan penuh bersemangat oleh team-team HB. dari plan mendesign sehinggalah terbukti apa yang di inginkan ada di depan mata. tanpa tenaga dan kerjasama mereka majlis saya dan isteri tidak akan semeriah ini. ribuan terima kasih kami ucapkan. jangan risau ada habuan untuk anda. bukan kerja free saja tau....

kepada bakal-bakal customer HB anda berhak memilih yang terbaik untuk majlis sekali seumur hidup anda. pilihlah yang terbaik antara yang terbaik. kami dari pihak HB lebih mementingkan kepuasan anda dalam perkhidmatan kami.

p/s:  berikan budget anda kepada kami dan kami berikan perkhidmatan kami yang terbaik mengikut budget anda .

No comments: