Sunday, March 13, 2011

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU - baru ada masa nak update

very sorry to all readers and bakal-bakal customer HB yang sentiasa menantikan story-story dan hasil terkini dari HB. sekarang baru ada masa nak update setelah team HB busy di utara.


sudah tiba masanya nak story kisah majlis menyambut menantu saya dan isteri di kediaman saya. sesudah selesai majlis di kediaman keluarga isteri saya terus bergegas ke kediaman saya pulak untuk menyelesaikan apa yang patut. tapi saya sedikit sedih. di suruh pulang ke rumah isteri kerana malam itu adalah malam 'pertama' oleh team HB. last-last saya serahkan bulat-bulat perancangan saya kepada semua team HB. saya yakin dengan kepakaran mereka dan mereka mampu merealisasikan apa yang telah saya rancangkan.


mula-mula kita saksikan yang belum siap sepenuhnya dulu. memang team HB bersemangat menyiapkan kerja-kerja terakhir untuk majlis saya. terharu betul. terserlah kepakaran mereka.

sebelum itu saya telah memilih tema warna KUNING, PUTIH, dan PINK......


 sebelum

tengah-tengah malam pun masih belum siap.....sebenarnya tergendala sebab hujan.


 dah siap dah cuma belum di letakkan set-set pinggan untuk makan.

 nampak tak team HB kat situ....tengah set up kerja-kerja akhir



 selepas

 taaaaddddaaaa....................................... yang dah siap....


pelamin takde.....yang ada cuma meja makan pengantin.....sengaja taknak buat pelamin. lagipun tak cukup waktu......apa-apa pun thanks a lot to team HB. siap dengan set makan semua. time ni time menanti saya dan pihak perempuan sampai.


pandangan penuh
ok nampak tak design saya. kat tengah-tengah ruang meja makan tu saya hiaskan dengan fresh flower putih untuk menaikkan lagi seri backdrop dan hiasan meja makan.


pandangan atas meja makan VVIP

ini kubah dalam kanopi meja makan pengantin
ni time baru sampai ke taman perumahan tempat tinggal saya. kali ini saya make upkan sendiri isteri saya. dah halal kan jadi saya minta izin darinya yang saya sendiri yang ingin make upkannya. si isteri tanpa banyak soal angguk tanda setuju.

kami sedang memperbetulkan apa yang patut untuk kelihatan lebih kemas. thanks a lot to team HB yang sentiasa bersama kami.


dah get ready untuk berarak ke rumah saya....

hiasan kereta juga saya buat....nak nampak kereta tu di naiki oleh pengantinlah......barulah feeling orang kahwin...ye takkkk...

dah ready untuk makan.......cantiklah pengapit-pengapit tuh.....

sama-sama berdoa bersama hadirin agar hubungan kami di restui dan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa kami.

 inilah hasil tangan saya. dari atas sampai bawah saya yang siapkan. apa salahnya kan....untuk isteri sendiri.


 pesanan saya untuk semua bakal-bakal pengantin yang bakal naik pelamin buatlah perancangan yang terbaik untuk hari besar anda. dapatkan kenangan yang terindah pada hari yang bermakna itu. pilihlah wedding planner yang betul-betul anda percayai hasil yang bakal ditunjukkan. buatlah perancangan awal dan bersesuaian dengan budget anda agar apa yang di inginkan bertepatan dengan apa yang akan di hasilkan.


DI HARAPKAN PERMULAAN YANG BAIK AKAN DIAKHIRI DENGAN KEBAIKAN DAN KEBAHAGIAAN. INSYAALLAH.....




2 comments:

iffaffi it's me said...

nice pic...

aLeen aVriL said...

apa lah korang nih bukan masa tuh tgh baca doa makan ka...nak makan kan kene lah baca doa makan...




aisehmen....


pengapit pompuan tuh dah tak lama lg lah tuh...huhuhu