Monday, November 15, 2010

SEKITAR MAJLIS MENYAMBUT MENANTU -MEGI

Menerima tempahan untuk majlis menyambut menantu di Seberang Balok ni dah lama tetapi kedua dua pihak terlalu sibuk maka acara memilih apa yang di mahukan untuk majlis mereka di lakukan selepas majlis persandingan selesai di pihak perempuan.

Beliau adalah kawan sepermainan saya dulu.Jadi saya akan luangakan masa demi memajukan business dan memenuhi permintaan beliau.Beliau dari saya kenal sampai sekarang mmg minat giler dengan color hijau.dan tema kali ini juga adalah hijau.
Beliau mahukan rekaan pelamin yang agak simple tetapi tidak pelik apabila di pandang.Setelah perbincangan di buat beliau mahukan design pelamin seperti ini.


 -pelamin yang di inginkan-

Inilah design pelamin simple yang beliau mahukan tetapi menarik dan tertarik kau memang the BOOOOM.....kerana ini hanyalah majlis menyambut menantu....jadi inilah hasilnya untuk dekorasi pelamin dan meja makan beradab.

-meja makan beradap-
 -meja makan berapdap pandangan sisi-

Terima kasih kepada Megi kerana membantu saya dan kru HB menyiapkan pelamin dan dekorasi meja beradap dengan idea2 yang diinginkan.


Thursday, October 28, 2010

PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN ANUM

permintaan tuan empunya diri haruslah di utamakan.Dah namanya customer kan.saya mencuba sedaya upaya dan setakat yang saya mampu untuk membuatkan customer saya berpuas hati.macam biasa saya akan berganding bahu bersama rakan seperjuangan saya untuk merealisasikan hajat si pengantin.

anum dan pasangan bernikah di rumah dan majlis persandingannya di dewan LKPIM Kuantan.

biar gambar jelah yang bercerita.tak de idea nak karang mengarang ni...almaklumlah alam sekolah dah lame saya tinggalkan.pastu otak ni x diasah so mcmnilah jadinya kan.

jom layan pic time dia nikah dulu ok.



 pelamin nikah anum ni simple je.tapi dia nak kerusi camni.bukan yang jenis ddk bawah je.pelamin mcmni ok jugak.simple je.nice sbb color krim dan putih .

yang ni pulak laluan nak ke pelamin.boleh view sekali susunan meja untuk tetamu.maaflah time ni belum siap betul2 lagi.sbb tu nampak daun2 dan bungan2 bersepah lagi.masih touch up for last part.

nilah pelaminya.ni kat dewan LKPIM seberang jalan Hotel Sri Malaysia Kuantan tu.simple and nice. i like!!!!kalau u all xsuka nak wat macamne kan....selera masing-masing.tapi anum suka.....hehehe....rase lega dapat puaskan dan tunaikan permintaan pelanggan.kalau korg suka hasil kerja saya bolehlah hubungi saya.kalau ada idea lain pun boleh jugak boleh tukar-tukar idea.menambahkan ilmu katakan....

Monday, October 25, 2010

SELAMAT SUDAH MENJADI KAKAK IPARKU


2.10.10 abang sulungku (mmg ade 1 abg je xde kakak) selamat sudah dinikahkan dengan pilihan hatinya LINDA.

3.10.10 adalah hari persepsi di kediaman keluargaku.Aku yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh abang ku ini untuk menyelesaikan segala hal yang berkaitan dengan majlis menyambut menantu ini (menyambut satu-satunya kakak iparku).Abangku memilih warna tema MERAH,HITAM dan PUTIH.aku amati kombinasi ketiga-tiga warna ini menjadi pilihan pasangan pengantin masa kini.Memandangkan aku hanya ada 1 je abang dan ini adalah kali pertama keluargaku mengadakan kenduri kawin (anak yg pertama naik pelamin) dan aku juga nak promosikan business HERITAGE BRIDAL ini kepada jiran2 dan teman-teman serta jemputan maka aku memilih untuk buat grand sikit (tapi xover budget).Inilah hasilnya.Aku amat berpuas hati kerana ini adalah hasil dari tangan dan tenagaku sendiri dan dibantu oleh Yo (teman yg sentiasa menbantu) hadiah utk abangku.

hiasan kanopi +merah & putih+

-gambaran waktu malam-
-gambaran di siang hari-
-dekorasi meja santapan pengantin-
-hiasan meja santapan VIP-

-meja lauk pauk-
-pintu gerbang-


-mengabadikan kenangan keluarga bersama pasangan mempelai-

Di akhir entry aku mendoakan abangku ini bahagia bersama kakak iparku hingga akhir hayat.Pesanan penaja 'Cepat2 dapatkan zuriat'.hehehe boleh ke mcmtu......layannnnnnnn............